5 Perkara Buat Anda Jatuh Cinta Dengan Gadis Berambut Biru

Kredit gambar utama: YouTube

Beberapa hari menjelang Miku Expo 2017, peminat Vocaloid tentunya semakin teruja dan tidak sabar untuk bertentang mata dengan sensasi maya ini. Walaupun telah banyak fakta dikongsi sebelum ini tidak sama dengan fakta kali ini yang dikongsi sendiri oleh pencipta watak Miku dari Crypton Future Media Inc.

#1 Inspirasi Watak Miku

Inspirasinya datang daripada pelbagai sumber dan aspek budaya Jepun termasuk manga dan anime. Lagu-lagu dan ilustrasinya pula dibangunkan sedikit demi sedikit oleh individu yang menciptanya. Karakter Miku, walaupun telah 10 tahun dibangunkan masih dalam proses penambahbaikan oleh individu yang menulis lagu dan melukis ilustrasinya.

#2 Reaksi Peminat

Walaupun merupakan produk software, Miku menerima reaksi awal yang cukup positif. Watak ini juga tidak terus dipromosikan secara besar-besaran tetapi dibangunkan secara berperingkat oleh pengguna software yang juga peminat Miku melalui lagu dan ilustrasi yang dihasilkan mereka.

#3 Muzik Baru

Hatsune Miku bukanlah watak pertama dihasilkan tetapi watak ini paling terkenal. Miku membuka ruang kepada media arus perdana mengenali penyanyi maya yang boleh membuat persembahan secara hologram dan menyanyikan apa jua lagu yang diingini.

#4 Miku menyatukan pemuzik


Lagu remix “Last Night Good Night” menyatukan penyanyi R&B Pharrell Williams dengan komposer Vocaloid kz (livetune) dan artis kontemporari Takashi Murakami.

#5 Berevolusi

Kredit: HATSUNE MIKU EXPO 2016 Japan Tour Official Illustration
Illustration by neco © Crypton Future Media, INC. www.piapro.net

Miku bukanlah produk akhir… Karekternya berevolusi bersama software Vocaloid yang mengambil masa beberapa bulan untuk dibangunkan. Identiti dan watak Miku turut berevolusi dan perubahan ini dicetuskan peminatnya sendiri.

10 tahun Hatsune Miku mewarna industri seni dengan jutaan peminat seantero dunia. Sabtu ini, ikon maya ini bakal membawa revolusi baru muzik di Malaysia melalui konsert pertamanya. Sudahkah anda bersedia? Klik sini untuk info lanjut.

Previous PostPreviousNext PostNext

Post a Comment

0 Comments