NEW YORK: Presiden Donald Trump komited dengan usaha berterusan untuk mencapai perjanjian damai Israel-Palestin, kata Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley.
Kenyataan dibuat di sebalik kecaman diterima Trump berhubung keputusan beliau mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.
"Saya beri jaminan sekali lagi, presiden dan pentadbirannya kekal komited dengan proses damai," kata Haley pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan yang bersidang berhubung keputusan Trump itu. - AFP
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments