Kereta api Amtrak tergelincir di Washington

LOS ANGELES: Kereta api penumpang Amtrak tergelincir pada pagi Isnin di Tacoma, Washington dengan sebuah gerabak jatuh ke lebuh raya yang sibuk, Interstate 5.

Amtrak mengesahkan kejadian membabitkan Keretapi 501 yang sedang dalam perjalanan dari Seattle ke Portland, Oregon.

"Ada kecederaan dilaporkan," kata Jabatan Sherif Pierce County menerusi Twitter tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Gambar tempat kejadian yang dimuat naik di laman sesawang menunjukkan kereta api itu tergantung dari sebuah jambatan. - AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments