Lima negara Afrika Barat terima RM530 j

PARIS: Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyumbang dana sebanyak AS$130 juta (RM530 juta) kepada kempen menentang pemberontak di wilayah Sahel di Afrika Barat.

Dana itu bertujuan membiayai penubuhan pasukan tentera lima negara, yang dianjurkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Lima negara terbabit ialah Burkina Faso, Chad, Mali, Mauritania dan Niger.

Sebelum ini, masalah kewangan membantutkan usaha penubuhan tentera itu, memandangkan negara terbabit adalah antara yang termiskin di dunia.

Wang sumbangan AS$100 juta (RM408 juta) dari Riyadh dan baki AS$30 juta (RM122 juta) dari UAE itu menjadikan keseluruhan dana yang berjaya dikumpul melebihi sasaran ditetapkan oleh Macron.

Macron dilaporkan melobi negara Teluk dan Amerika Syarikat untuk membiayai penubuhan pasukan tentera berkenaan.

"Kita mesti berusaha menentang keganasan di wilayah Sahel-Sahara.

"Serangan berlaku setiap hari dan ketika ini terdapat beberapa negara yang berada dalam bahaya," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan presiden lima negara terbabit, selain Canselor Jerman, Angela Merkel, di sini, semalam. - AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments