Palestin minta Russia, China main peranan lebih besar

RAMALLAH : Russia dan China diminta memainkan peranan lebih besar dalam rundingan damai dengan Israel.

Gesaan itu disuarakan Presiden Palestin, Mahmud Abbas menerusi delegasi yang dihantar ke kedua-dua negara berkenaan.

Menurut Mahmud, Amerika Syarikat (AS) tidak lagi mampu memainkan peranan sebagai orang tengah dalam rundingan berkenaan susulan pengumuman penuh kontroversi Presiden Donald Trump awal bulan lalu.

Seorang anggota delegasi yang melawat Russia, Saleh Rafaat berkata, Mahmud telah memberi mandat untuk semua delegasi mendesak pemimpin kedua-dua negara menyokong rundingan damai.

"Kami sekarang berada di Russia dan sebahagian lagi akan berada di Beijing untuk menyampaikan mesej yang sama mengenai kepentingan mendapatkan sokongan antarabangsa berhubung rundingan damai di bawah panji Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB)," katanya ketika dihubungi melalui telefon.

Mahmud pada Isnin mengulangi bantahannya terhadap sebarang peranan cuba dimainkan AS sebagai orang tengah antara kedua-dua pihak dengan berkata, sesiapa saja yang membenarkan AS kembali sebagai orang tengah rundingan itu sebagai hilang akal.

Perjanjian damai antara Israel dan Palestin telah dibekukan sejak ia gagal dimeterai pada tahun 2014. - AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments