BERLIN: Bintang Bayern Munich, Franck Ribery muncul di mahkamah di Jerman atas dakwaan berhutang 3.5 juta euro (RM16.78 juta) oleh bekas ejennya sebelum kes berkenaan ditangguhkan pada Januari ini.
Pemain berusia 34 tahun itu didakwa tidak menjelaskan komisen pemindahan 2007 dari Marseille ke Bayern, yang membabitkan nilai keseluruhan 25 juta euro (RM119.82 juta)
Bagaimanapun Mahkamah Munich membuat keputusan menunda kes berkenaan sehingga 16 Januari memandangkan bekas ejen Ribery, Bruno Heiderscheid dari Luxemburg tidak dapat hadir selepas penerbangannya dari Brussels dibatalkan.
Heiderscheid mendakwa mereka membuat satu perjanjian lisan sedekad lalu kemudiannya dibuat secara bertulis.
Ini bukan kali pertama Heiderscheid mengheret pemain bola sepak berkenaan ke muka pengadilan.
Pada Disember 2015, Mahkamah Rayuan Luxemburg memerintahkan penyerang Bayern berkenaan membayar Heiderscheid 1.6 juta euro (RM7.67 juta) kerana melanggar persetujuan kontrak pada 2007.
Kontrak Ribery dijadual tamat pada Jun depan, dan baharu saja kembali pulih daripada kecederaan lutut.
Dia beraksi ketika pasukannya meraih kemenangan 3-1 ke atas Paris Saint-Germain dalam kancah Liga Juara-Juara, Selasa lalu dan membantu pasukan menewaskan Eintracht Frankfurt 1-0 untuk kempen Bundesliga, Sabtu lalu. - AFP
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments