Lelaki Korea maut Myvi dipandu terperosok bawah lori

TAIPING 11 Jan. – Seorang jurutera rangkaian komputer warga Korea maut apabila kereta yang dipandunya merempuh bahagian belakang dan terperosok di bawah sebuah lori membawa perabot di Kilometer 226.1, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 7 pagi berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang itu menyebabkan Kim Eun Koo, 44, maut di tempat di kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mihamad Taib berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa memandu kereta jenis Perodua Myvi dari arah Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang.

“Kereta mangsa telah melangggar bahagian belakang lori yang diletakkan di bahu jalan menghampiri susur keluar R&R Bukit Gantang.

“Mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Taiping sementara pemandu lori berusia 23 tahun dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk direman dan dirakam percakapannya,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Utusan

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments