10 anggota polis ditahan samun warga asing ketika operasi

KUALA LUMPUR 15 Mac – Seramai 10 anggota polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah, Komuniti dan Keselamatan, ditahan selepas dipercayai melakukan samun semasa menjalankan operasi pemeriksaan warga asing di kawasan kediaman Air Panas, Setapak, di sini, Jumaat lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, kumpulan anggota polis yang memakai vest polis itu dikatakan memeriksa beberapa unit kediaman yang disyaki didiami oleh warga asing di Lorong 1, Jalan Air Panas, Setapak.

Katanya, semasa pemeriksaan itu, seorang daripada penghuni unit kediaman yang juga buruh binaan berusia 62 tahun bersama isterinya mendapati seluarnya yang mengandungi wang tunai RM2,900, 10 cincin emas; dua utas rantai emas; empat gelang emas dan satu subang diletakkkan di atas katil hilang.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan penangkapan anggota polis terbabit.

“Kita sudah mengenal pasti dan menahan semua anggota yang disyaki terbabit dalam kes samun itu serta tindakan sudah dijalankan oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut beliau, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun.

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

0 Response to 10 anggota polis ditahan samun warga asing ketika operasi

Post a Comment