Antara Pelajar Juvana Yang Berjaya Dapat Keputusan Cemerlang Dalam SPM

Imej dari Utusan 

Sekolah Henry Gurney merupakan institusi pemulihan untuk pesalah-pesalah juvana yang berumur 15 hingga 21 tahun.

Penubuhan Sekolah Integriti (SI) dan Sekolah Henry Gurney (SHG) adalah untuk menyediakan pendidikan secara formal di institusi penjara dengan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia. Sumber – Kementerian Pendidikan Malaysia

Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka tengah pernah memegang rekod 100 peratus calon SPM lulus selamat empat tahun berturut-turut.

Malah, beberapa orang pelajar Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Intergriti juga berjaya mendapat keputusan cemerlang SPM. – Sumber: Hmetro 

Ni antara pelajar yang pernah berjaya memperoleh keputusan cemerlang SPM:

1. Along (bukan nama sebenar) berjaya memperolehi keputusan 8A dan 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014. – Sumber: Sinar Harian 

2. Kamal (bukan nama sebenar) dari Sekolah Henry Gurney Telok Mas memperoleh keputusan cemerlang 7A dalam SPM 2015. – Sumber: BH

3. Roy memperolehi 7A dalam SPM 2016. “Sekolah ini menjadi tempat permulaan hidup bagi orang macam saya. Berikutan itu saya manfaatkan semua kemudahan disediakan untuk berjaya,” kata penghuni Sekolah Integriti Kajang, Selangor hanya mahu dikenali sebagai Roy, 21, yang memperoleh 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2016 (SPM)

4. Amin, berusia dari Sekolah Henry Gurney turut berjaya memperoleh 7A dalam SPM 2016. – Sumber: Hmetro

Kesilapan masa lalu tidak menghalang pesalah juvana untuk memperolehi keputusan cemerlang. Apa pun tahniah buat mereka! Tanpa usaha, kami yakin mereka takkan berjaya. Semoga mereka meraih impian dan cita-cita yang diimpikan.

Previous PostPreviousNext PostNext

0 Response to Antara Pelajar Juvana Yang Berjaya Dapat Keputusan Cemerlang Dalam SPM

Post a Comment