Meninggal dunia lepas tonton Pahang lawan Kedah malam tadi

KUANTAN – Seorang warga emas meninggal dunia selepas pengsan semasa menyaksikan perlawanan bola sepak Pahang menentang Kedah di Stadium Darul Makmur di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, Azmi Matt, 63, disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, pada 11.08 malam.

“Pemeriksaan fizikal ke atas mangsa di zon merah hospital mendapati tiada unsur jenayah. Siasatan awal dengan saudara mangsa memaklumkan dia mempunyai rekod rawatan jantung,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Noor berkata setakat ini, kematian mangsa yang beralamat di Sr Damai di sini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Perlawanan antara Pahang dan Kedah semalam berkesudahan dengan pasukan Tok Gajah menang tipis 1-0 untuk mara ke peringkat suku akhir Piala FA.

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

0 Response to Meninggal dunia lepas tonton Pahang lawan Kedah malam tadi

Post a Comment