Pasangan kembar bawah umur didakwa perkosa anak gadis

TAMPIN – Sepasang kembar lelaki bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin, di sini, semalam, atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku di sebuah pondok di belakang sebuah rumah di perkampungan tradisi di daerah berkenaan di antara bulan Januari dan Februari lalu.

Prosiding dijalankan secara tertutup dan kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Pasangan kembar berusia 15 tahun itu dihadapkan di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan bagi kesalahan rogol.

Timbalan Pendakwa Raya, Rinisha Priyya memohon sebutan semula kes bagi menunggu laporan perubatan mangsa dan majistret menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 19 April ini.

Majistret kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM2,000 bagi setiap tertuduh atau sekiranya gagal kedua-duanya akan ditempatkan di sekolah pemulihan akhlak.

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

0 Response to Pasangan kembar bawah umur didakwa perkosa anak gadis

Post a Comment