TMJ, Nazri Aziz berdamai

TMJ, Nazri Aziz berdamai

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini menerima mengadap Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Istana Pasir Pelangi di sini.

Dalam kenyataan dimuat naik dalam Facebook Johor Southern Tigers, selain Sultan Ibrahim turut menerima mengadap Mohamed Nazri adalah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kenyataan itu turut memaklumkan Mohamed Nazri mengadap untuk meminta pandangan daripada Sultan Johor berkenaan pentadbiran negara untuk masa akan datang dan memohon ampun kepada Tunku Ismail.

Beberapa gambar turut dimuat naik dalam laman sosial Johor Southern Tigers menyaksikan Mohamed Nazri bersalaman dan berbual bersama Sultan Johor serta Tunku Ismail.

Pada 2015, hubungan Tunku Ismail dan Mohamed Nazri dilihat sedikit tegang selepas kerap berbalas kenyataan pelbagai isu sehingga menjadi tular di laman sosial.

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

0 Response to TMJ, Nazri Aziz berdamai

Post a Comment