Batal HSR: Singapura tunggu makluman rasmi Putrajaya

Seorang jurucakap Kementerian Pengangkutan Singapura berkata, negara itu bersetuju meneruskan projek berkenaan berdasarkan manfaat bersama dan kewajipan dalam perjanjian dua hala HSR.

SINGAPURA: Singapura belum menerima sebarang makluman rasmi daripada Malaysia berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) kata Kementerian Pengangkutan republik itu, hari ini.

“Kami bersetuju meneruskan projek HSR berdasarkan manfaat bersama dan kewajipan yang ditetapkan dalam perjanjian dua hala HSR,” kata jurucakap kementerian itu dalam emel kepada Bernama.

“Kami akan menunggu komunikasi rasmi daripada Malaysia,” kata jurucakap itu.

Awal hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan Malaysia akan membatalkan projek berkenaan dan mungkin membayar (RM atau S$500 juta) dalam bentuk pampasan.

“Ia adalah keputusan muktamad, tetapi ia akan memakan masa berikutan kita mempunyai perjanjian dengan Singapura.

“Ia tidak memberi manfaat kepada Malaysia kerana ia akan membabitkan kos amat besar dan kita tidak akan meraih keuntungan daripadanya disebabkan ia landasan yang pendek.”

Dr Mahathir berkata, Malaysia akan membincangkan perkara itu dengan Singapura tidak lama lagi supaya pembatalan projek itu dilakukan dengan “kos rendah”.

HSR yang membabitkan laluan sepanjang 335km akan dibina di Malaysia, membabitkan 4 negeri untuk menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura. Ia dijadualkan siap pada 2026.

Pampasan 500 juta untuk batal HSR, kata Dr M


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments


sumber

0 Response to Batal HSR: Singapura tunggu makluman rasmi Putrajaya

Post a Comment