Gagal Bayar Hutang, Wajah Peminjam Dipaparkan Di Panggung Wayang

Di China, wajah penghutang yang gagal membayar hutang akan dipaparkan di skrin panggung wayang sebelum tayangan bermula.

Pihak berkuasa di daerah Heijiang, daerah Sinchuan China telah membuat satu tindakan kontroversi yang dipanggil “Reel of Shame” bagi memastikan peminjam membayar hutang mereka dengan memaparkan wajah serta maklumat mereka di pawagam.

Klip pendek dengan watak animasi bagi menerangkan kesalahan mereka ditayangkan kepada penonton sebelum menunjukkan muka serta maklumat tentang peminjam yang gagal membayar hutang pada waktu yang ditetapkan. Details tentang peminjam akan ditayangkan di panggung wayang mengikut kawasan setempat.

Difahamkan, selain dari memaparkan wajah mereka di panggung wayang nama mereka juga disenarai hitamkan dan sekatan perjalanan dikenakan.

Satu video ‘Reel of Shame’ yang dimainkan di pawagam Heijiang baru-baru ini menjadi viral di laman sosial Weibo. Video itu menunjukkan wajah serta nama 26 orang eksekutif perniagaan yang gagal membayar pinjaman mereka walaupun perintah mahkamah tempatan menuntut mereka membayar telah dikeluarkan.

‘Reel of Shame’ ini merupakan antara salah satu kaedah public shaming yang digunakan di China.

Ada sesetengah bandar meletakkan foto serta maklumat peminjam di papak iklan elektronik dan juga bas. Di wilayah seperti Jiangsu, Henan dan Sichuan, mereka telah bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk membuat mesej pra rakaman tentang hutang mereka. Jadi setiap kali seseorang cuba menghubungi mereka, mesej tersebut akan dimainkan terdahulu sebelum pemanggil boleh bercakap dengan mereka. Malu weh!

 

Sumber: Odditycentral

Previous PostPreviousNext PostNext

0 Response to Gagal Bayar Hutang, Wajah Peminjam Dipaparkan Di Panggung Wayang

Post a Comment