Malaysia potong gaji menteri tepat, tapi tak efektif di Indonesia

Ahli politik Indonesia berkata gaji menteri di republik itu sekitar RM5,100 sebulan.

Ace Hasan Syadzily, seorang ahli politik parti Golkar berkata gaji menteri jauh lebih rendah daripada gaji pengarah kementerian. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Dua hari selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pengurangan gaji menteri, ahli politik Indonesia berkata langkah yang sama tidak berkesan di republik itu, lapor Detik.com.

“Sebagai satu tindakan berhemah terhadap situasi kewangan negara pasca pemerintahan Najib Razak di Malaysia, langkah Dr Mahathir sangat tepat dan bagus,” kata ahli politik Ace Hasan Syadzily.

Namun langkah itu belum tentu berkesan di Indonesia kerana belum tentu memberi kesan besar terhadap struktur kewangan negaranya.

“Kerana setahu saya, gaji menteri di Indonesia lebih kurang 18 juta rupiah (RM5,100). Jauh lebih rendah berbanding gaji pengarah di Kementerian Badan Usaha Milik Negara atau syarikat perdagangan bertaraf kebangsaan, apatah lagi antarabangsa,” kata ahli parti Golkar itu.

Manakala Alex Indra Lukman dari parti Demokrasi Indonesia pula berkata negaranya tak perlu meniru langkah pemotongan gaji menteri yang diterapkan Malaysia.

“Sebaiknya jangan meniru negara lain,” katanya sambil menyeru rakyat menghargai jasa menteri yang berkhidmat tanpa mengira waktu.

“Banggalah dengan menteri kita dengan hanya gaji 18 juta rupiah sebulan bekerja siang malam untuk memenuhi kehendak rakyat,” katanya.

Dr Mahathir mengumumkan gaji menteri dikurangkan 10% berkuat kuasa serta-merta Rabu lalu.

“Gaji menteri sebenarnya lebih rendah daripada sesetengah penjawat awam berpangkat tinggi,” kata pengerusi Pakatan Harapan itu.

Gaji menteri dipotong 10%, bubar SPAD dan Jasa


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.


sumber

0 Response to Malaysia potong gaji menteri tepat, tapi tak efektif di Indonesia

Post a Comment