Najib, Irwan, Johari Ghani letak jawatan di Khazanah

Najib Razak meletakkan jawatan pengerusi Khazanah Nasional Berhad selepas Lim Guan Eng membayangkan perkara itu hari ini.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan pengerusi Khazanah Nasional Berhad hari ini, bersama 2 lagi individu daripada lembaga pengarah syarikat kerajaan itu.

Najib menyerahkan notis selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng membayangkan perkara itu pada sidang media awal hari ini supaya Najib meletakkan jawatan seperti sepatutnya.

Khazanah dalam satu kenyataan ringkas turut mengumumkan peletakan jawatan bekas timbalan menteri kewangan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai pengerusi lembaga. Beliau menyerahkan notis pada 30 Mei.

Bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah juga meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pada 23 Mei.

Sebelum ini beliau melepaskan kedudukannya sebagai ahli lembaga di Tabung Haji dan Bank Negara.

Reuters baru-baru ini melaporkan Khazanah ada membuat bayaran untuk beberapa liabiliti 1MDB. Khazanah berkata Kementerian Kewangan berhak menebus “cumulative convertible preference shares” (CCPS).

Khazanah berkata pada pada 7 Mac 2011, CCPS bernilai RM3 bilion diterbitkan oleh Khazanah kepada kementerian.

Pada 14 Mac 2014, kementerian menebus RM1.8 bilion daripada RM3 bilion itu. Pada 11 Ogos 2017, kemenerian menebus RM1.199 bilion daripada baki RM1.2 bilion.

Khazanah ditabir oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan). Beberapa syarikat tersenarai yang penting dalam portfolio pelaburan Khazanah termasuk Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, CIMB Group, Axiata Group Bhd, IHH Healthcare Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd dan UEM Sunrise Bhd.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.


sumber

0 Response to Najib, Irwan, Johari Ghani letak jawatan di Khazanah

Post a Comment