Twitter Gesa 336 Juta Pengguna Untuk Menukar Password

Semalam pihak twitter mengeluarkan satu kenyataan di mana mereka menggalakkan para pengguna untuk menukar password akaun mereka selepas menjumpai satu bug di mana simpanan dalaman mereka telah tidak dijaga dalam keadaan yang baik.

Pegawai Teknologi Twitter, Parag Agrawal berkata dalam satu blog post menyatakan Twitter telah cuba untuk menyelasaikan masalah ini dan buat masa sekarang tiada tanda-tanda yang salah seorang daripada pihak mereka cuba untuk melanggar atau menyalahgunakan data tersebut. Walaupun sedemikian, Twitter menasihatkan para pengguna untuk menukat password akaun mereka.

CEO Twitter, Jack Dorsey telah menghantar tweet dengan menyatakan “Perkara ini sangat penting untuk kami bersifat terbuka dan bercakap tentang masalah dalaman ini”

Jadi, kepada yang main twitter tu, cepat-cepat lah tukar password!

Sumber: time.com

Previous PostPreviousNext PostNext

0 Response to Twitter Gesa 336 Juta Pengguna Untuk Menukar Password

Post a Comment