Nama Tak Cukup Feminin, Parents Diarah Tukar Nama Anak

Nama anak tak cukup feminin, pasangan suami isteri di Milan, Itali, diminta hadir ke mahkamah untuk menukar nama anak mereka.

Blu, merupakan nama pilihan untuk anak perempuan mereka yang berusia 18 bulan. Biarpun nama anaknya telah didaftarkan pada sijil kelahiran dan pasportnya, mereka tetap diarahkan untuk menukar nama baru.

Jika ibu bapa Blu gagal hadir ke mahkamah dengan satu nama alternatif, hakim akan memutuskan nama lain untuk anak perempuan mereka.

Menurut perintah presiden yang dikeluarkan pada tahun 2000, ‘nama yang diberikan kepada anak mesti bersesuaian dengan jantina mereka’ dan pihak berkuasa Itali nampaknya tidak menganggap Blu nama yang sesuai untuk seorang budak perempuan.

Bagaimanapun mereka bercadang untuk mempertikaikan arahan mahkamah tersebut dengan alasan anak perempuan kepada Beyonce dan Jay Z juga turut dinamakan Blue Ivy.

Difahamkan, parents Blu bukanlah satu-satunya pasangan dipanggil oleh mahkamah baru-baru ini.

Sumber: Odditycentral

Previous PostPreviousNext PostNext

0 Response to Nama Tak Cukup Feminin, Parents Diarah Tukar Nama Anak

Post a Comment