Seram! Ada Kelibat Misteri Dalam Gambar Selfie Gadis Ini

Kecoh di media sosial, foto seorang gadis sedang selfie di photobomb dengan kelibat budak kecil misteri.

Ketika Katrina Paraiso, gadis Filipina yang tinggal di Jepun pulang ke kampung dia telah mengambil beberapa foto selfie di dalam biliknya. Namun dia tidak menjangkakan muncul satu bayangan misteri dibelakangnya; bayangan seorang kanak-kanak yang sedang terbaring.

Untuk mendapatkan bayangan yang lebih jelas, Katrina telah menaikkan ‘contrast’ dan meningkatkan pencahayaan pada gambar tersebut, dan jelas kelihatan seorang kanak-kanak sedang terbaring dan memandang ke arahnya dari belakang.

Yakin bahawa ia bukan ilusi atau suntingan gambar, Katrina memberitahu bahawa dia tidak mempunyai kanak-kanak seusia atau sebaya dengan bayangan dalam gambar itu dirumah tersebut.

Foto-foto Katrina itu dikatakan telah menarik perhatian Adam Reyes, seorang Profesor yang terlibat dalam alam mistik. Profesor itu dikatakan cuba untuk membantu Katrina dan dia percaya bayangan kanak-kanak itu cuba untuk meminta bantuan dengan ‘melawat’ orang yang tersayang.

Sumber: Facebook

Previous PostPreviousNext PostNext

0 Response to Seram! Ada Kelibat Misteri Dalam Gambar Selfie Gadis Ini

Post a Comment