KUALA LUMPUR: Guru Sekolah Kebangsaan Long Sepiling, Sarawak, Mohd Fadli AB Salam, 30, dinobat sebagai pemenang utama Anugerah Tunku Bainun Young Changemakers 2019, menewaskan 11 peserta lain di Pusat Kreatif Kanak-kanak Tunku Bainun, di sini, hari ini.
Kemenangan bersandarkan usaha beliau memperjuangkan nasib murid sekolahnya terletak di Ulu Barau, Miri yang jauh ketinggalan dalam dunia teknologi serta kemudahan asas menerusi program “Solar” Lamp dan “Beach Cleaning”
Beliau berkata, perjuangan ini berhasrat memaklumkan orang luar bahawa realiti kehidupan sebenar penduduk kampung dan murid di Sarawak masih ketinggalan 60 tahun ke belakang.
“Mereka hidup serba kekurangan dalam banyak aspek terutama ketiadaan sumber elektrik untuk menerangi kawasan kampung dan sekolah malah tiada saluran air, bergantung kepada sumber hujan dan sungai untuk kegunaan harian.
Meskipun begitu, dia teruja memberi murid pendedahan kepada dunia luar supaya mereka tidak hanya terperuk dalam kawasan pedalaman saja.
TUNKU Zara (Kanan) dan Raja Azureen mencemar duli pada acara penganugerahan.
TUNKU Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz melakukan acara simbolik sempena Majlis Pecah Tanah Kilang Tambahan Kilang Coca-Cola Malaysia, Bandar Enstek, Nilai. Turut bersama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr Awaludin Said (dua dari kiri) dan Stephen Lusk (dua dari kanan). - Foto Iqmal Haqim Rosman
“Saya ingin mengubah nasib mereka dan menekankan bahawa pendidikan boleh mengubah kehidupan menerusi program yang bermanfaat dalam menjaga alam sekitar secara berkesan.
“Kemenangan membuktikan penganjur nampak misi menerusi projek pembersihan pantai dan lampu solar bertujuan menerangi kawasan sekolah dan kampung. Usaha ini simbolik kepada kegigihan anak muda untuk menikmati kehidupan lebih cerah,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah di sini, sebentar tadi.
Mohd Fadli berasal dari Terengganu berharap misinya tidak terhenti di situ sahaja, sebaliknya lebih ramai murid di kawasan pedalaman Sarawak diberi peluang dan ruang sama rata seperti pelajar lain.
Selain Mohd Fadli, Kumpulan eaTary iaitu gabungan dua beradik, Ong Ee Xuen dan Ong Joon Zach, memperjuangkan gaya hidup dan pemakanan sihat berjaya meraih tempat pertama.
Tempat kedua dan ketiga pula menjadi milik murid Ahmad Iszuddin Ahmad Izham, 12; dan Ahmad Harith Ahmad Syauqi, 10. Ahmad Iszuddin dari Kuala Lumpur, memberi pendedahan kepada usaha menyelamatkan kehidupan penyu dan menjaga kebersihan pantai.
Ahmad Harith yang berasal Selangor pula membawa idea meningkatkan kesedaran umum mengenai pentingnya semangat persaudaraan terutama membabitkan anak autisme.
Dia yang mempunyai adik lelaki yang mengalami autisme sering berhadapan situasi tidak menyenangkan apabila berada di tepat awam begitu mengharapkan supaya orang ramai lebih memahami individu istimewa dan keluarga mereka.
Semua pemenang membawa pulang wang tunai RM2,000. Hadiah disampaikan Pengerusi Pusat Kreatif Kanak-kanak Tunku Bainun, Raja Datuk Azureen Sultan Azlan Shah.
Hadir mencemar duli menyaksikan persembahan 12 peserta itu ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Program diperkenalkan empat tahun lalu, bertujuan menggalakkan penyertaan kanak-kanak berusia antara enam hingga 15 tahun menerusi program inovasi untuk dimanfaatkan masyarakat.
Sementara itu Raja Azureen berkata, sebelum itu Pusat Kreatif Kanak-kanak Tunku Bainun mengembara ke 64 sekolah dengan menggalakkan penyertaan seramai 2,643 murid peringkat menengah dan rendah menerusi bengkel bertujuan menyuntik semangat mereka mencipta sesuatu untuk kebaikan semua pihak.
Bengkel mendapat sokongan Kementerian Pendidikan dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) platform terbaik untuk peserta mengembangkan bakat dan kebolehan mereka.
Beliau berkata, semua perlu ingat ketika masih kecil, masing-masing penuh dengan idea dan semangat. Kejayaan hari ini adalah atas sokongan orang dewasa.
“Galak anak-anak menyumbangkan idea supaya mereka bersemangat mencipta dan menzahirkan buah fikiran untuk kesejahteraan generasi akan datang,” katanya.
Sumber : Inovasi solar, bersihkan pantai juara Anugerah Tunku Bainun Young Changemakers
0 Comments