Ranhill sasar prospek pasaran Indonesia

KUALA LUMPUR: Ranhill Holdings Bhd mensasarkan untuk membangunkan dan melaksanakan projek-projek infrastruktur di Wilayah Jawa Barat dengan PT Jasa Sarana dari Indonesia.

Kedua-dua pihak memeterai tiga Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dan meninjau peluang bagi usaha itu.

Dalam kenyataannya, Ranhill berkata projek itu termasuk loji tenaga geoterma dan loji tenaga hidro mini.

Projek pemprosesan dan pengurusan sisa serantau turut dipertimbangkan.

Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamdan Mohamad, berkata kerjasama Ranhill dengan PT Jasa Sarana, syarikat Indonesia yang terbabit dalam infrastruktur projek, termasuk pembangunan serantau, akan membolehkan konglomerat itu memanfaatkan prospek yang kukuh dalam pasaran Indonesia

“Dengan rekod prestasi dan kepakaran kami, kami yakin akan dapat menyumbang kepada pembangunan projek infrastruktur yang strategik di Wilayah Jawa Barat,” katanya. - BERNAMA



Sumber : Ranhill sasar prospek pasaran Indonesia

Post a Comment

0 Comments