Siapa sangka dalam diam-diam pelakon Raja Afiq sudah mengikat tali pertunangan dengan anggota polis Soffwany Yusoff dan merancang melangsungkan pernikahan tahun ini.
Soffwany atau nama sebenarnya Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff, 31, berkata majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup beberapa bulan lalu dan pada ketika itu mereka belum bersedia berkongsi kepada umum.
” Saya sudah mengenali Raja Afiq sejak awal tahun ini, tapi tak pernah dedahkan status hubungan kami berdua.
” Kami pun sudah melangsungkan pertunangan beberapa bulan lepas tapi memilih untuk tidak menghebohkan berita ini
” Ini kerana masing-masing belum bersedia untuk berkongsi. Hanya ahli keluarga yang tahu mengenai status kami,” katanya kepada mStar.
Soffwany berkata dia dan Raja Afiq mula berkenalan melalui laman Instagram.
Mula-mula Soffwany memang tak layan Raja Afiq
Bercerita lanjut mengenai hubungan mereka, Soffwany yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata mereka hanya berkenalan dalam masa beberapa bulan sebelum memutuskan untuk ke fasa yang lebih serius.
” Kami mula berkenalan selepas kerap berbalas mesej di Instagram.
” Mula-mula saya memang tak layan Raja Afiq tapi dia tak putus asa mesej saya.
” Daripada situ, kami bertukar nombor telefon dan mula rapat,” katanya yang juga seorang penyanyi.
Soffwany pernah menjadi bualan netizen pada 2016 selepas tular mengenai kemerduan suaranya.
Mengulas persiapan pernikahan, Soffwany berkata pasangan itu sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Ogos atau September tahun ini tetapi terpaksa ditangguhkan.
Sepatutnya nikah tahun ini tetapi..
” Sepatutnya, kami melangsungkan pernikahan pada Ogos atau September ini tapi disebabkan PKP, majlis kami ditangguhkan pada satu tarikh yang belum ditentukan lagi.
” Cuma harapnya ia dapat dilangsungkan sebelum tahun hadapan.
” Lagipun, masih banyak perkara yang masih belum lengkap. Raja Afiq pun belum menghadiri kursus kahwin lagi,” jelasnya.
Pada 2016 Soffwany pernah menjadi bualan netizen kerana menyanyikan lagu raya berjudul Pulang yang rata-rata kagum dengan bakat nyanyiannya.
Sekilas info tentang Raja Afiq
Pelakon Raja Afiq merupakan antara yang memegang peranan dalam drama bersiri Seindah 7 Warna Pelangi arahan Eoon Shuhaini.
Pemilik nama sebenar Raja Muhammad Afiq bin Raja Razali ini dilahirkan pada 19 Ogos 1994 di Kuala Lumpur, kini berusia 26 tahun.
Raja Afiq aktif dalam dunia seni sebagai pelakon sejak tahun 2014. Bakatnya dikesan selepas menghadiri uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) anjuran TV3 dan TV9 pada 2014.
Beliau mula mengecap populariti selepas menjayakan peranan utama buat pertama kalinya dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz pada 2016, lakonan bersama Niena Baharun.
Lain-lain drama dibintanginya seperti Cinta Ilahi, Hello, Mr. Perfect, Sayangku Kapten Mukhriz, Cinta Bukan Kristal, Ti Amo, Sweetheart 100 Hari dan Jodoh-jodoh Annisa.
Termasuk telefilem Lilinkah Aku, Tangisan Izara, Cerita Seram Paya Hitam, Din Sardin Beraya, Neraka Kasih Maisarah dan banyak lagi.
via 1 MIN READ
0 Comments