Terkini – Tun M Dan Mukhriz Dipecat Dari Bersatu, Hanya Kerana Melakukan Perkara Ini

Pengerusi Bersatu yang dipertikaikan, Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presidennya, Mukhriz Mahathir dan tiga yang lain hari ini dipecat daripada parti itu.

Berdasarkan surat yang dilihat Malaysiakini, kelima-lima mereka dipecat atas alasan duduk di bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Surat berkenaan ditandatangani oleh setiausaha kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya.

Tiga pemimpin lain yang sehaluan dengan Mahathir iaitu Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta anggota Majlis Tertinggi Bersatu Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah turut dipecat.

Mahathir merupakan pengerusi Bersatu, manakala Mukhriz merupakan timbalan presiden parti itu.

Dipecat atas alasan duduk di bangku pembangkang

Difahamkan, mereka dipecat atas alasan duduk di bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Menurut surat berkenaan, keputusan untuk memecat mereka dibuat berdasarkan artikel 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan Bersatu.

Ia antara lain menyatakan status individu sebagai anggota akan diberhentikan serta-merta sekiranya didapati menyatakan hasrat mereka untuk meninggalkan parti atau secara rasmi bergabung dengan parti politik lain.

Menjawab pertanyaan media, seorang pembantu kepada Mahathir berkata bekas perdana menteri itu meninggalkan pejabatnya di Putrajaya dan belum melihat salinan surat berkenaan.

Khabar angin mengenai rancangan menyingkirkan Mahathir dan penyokongnya berlangsung sejak awal bulan ini dengan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu yang kemudian ditangguhkan dipercayai akan menyokong keputusan itu.

Bersatu berpecah selepas ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan presiden partinya, Muhyiddin Yassin mengetuai majoriti pemimpinnya membentuk Perikatan Nasiona (PN).

Mahathir merancang untuk melakukan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin dan duduk di bangku pembangkang bersama empat anggota Parlimen Bersatu yang lain semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Suhaimi tiada kuasa pecat pemimpin Bersatu, kata Marzuki

Dalam pada itu, Pengerusi Bersatu Pulau Pinang, Marzuki Yahya berkata Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat pemecatan tersebut.

Menurutnya, perlembagaan Bersatu memberikan kuasa sedemikian kepada setiausaha agung, sedangkan setiausaha kerja tidak diiktiraf dalam perlembagaan parti.

” Orang yang mengeluarkan surat itu harus dipecat dan kandungan surat itu sama sekali tidak ada asas. Tun dan yang lain masih sah sebagai ahli,”katanya.

Marzuki berkata beliau masih merupakan setiausaha agung parti itu dan urusan berkaitan keahlian berada di bawah bidang kuasanya.

Tambahnya, pemecatan anggota juga sepatutnya dirujuk kepada lembaga disiplin dan Majlis Tertinggi parti terlebih dahulu, namun perkara itu tidak dilakukan.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments