61 ditahan ingkar PKPP semalam

KUALA LUMPUR: Polis menahan 61 individu atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata angka itu bagaimanapun menurun berbanding Isnin.

"Semalam 9 individu direman, manakala 52 lagi dikenakan kompaun. Angka ini menurun daripada hari sebelumnya (Isnin) yang mencatatkan 23 individu ditahan iaitu tiga direman dan 20 lagi dikenakan kompaun," katanya.

Beliau berkata, antara kesalahan ingkar PKPP yang dilakukan termasuk aktiviti di pub, kelab malam, refleksologi dan membabitkan pelanggaran prosedur operasi standard mengenai penjarakan sosial.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas menteri mengenai pematuhan PKPP di Putrajaya, hari ini.



Sumber : 61 ditahan ingkar PKPP semalam

Post a Comment

0 Comments