NEW YORK: Pada tahun 2016 Presiden Ultimate Fighting Championship (UFC) Dana White dan rakan kongsinya menjual pegangan saham majoriti syarikat promosi itu pada 3.2 bilion pound (RM17.14 bilion).
Pembelinya adalah agensi bakat Hollywood WME-IMG, yang pelanggannya terdiri daripada nama-nama besar dalam industri perfileman, musik dan sukan.
Menurut bos WME Ari Emanuel, semua pemegang saham itu adalah peminat setia UFC - yang sering menghubungi agensi berkenaan untuk mendapatkan tiket.
Antara pelakon popular Hollywood yang meminati sukan ini dan menjadi pemegang saham adalah Sylvester Stallone, Ben Affleck dan Mark Wahlberg.
Bintang tenis wanita juga tidak ketinggalan memiliki pegangan saham UFC antaranya Maria Sharapova, adik beradik Williams Venus dan Serena, serta Li Na.
Kumpulan muzik Red Hot Chilli Peppers dan penyanyi utama Maroon 5 Adam Levine juga antara nama besar yang melabur dalam kejuaraan ini.
Selain itu rama lagi nama besar Hollywood seperti pengarah Tyler Perry dan Michael Bay, serta pengacara popular Jimmy Kimmel dan Conan O'Brien yang mengambil peluang sebagai pelabur UFC. - AGENSI
Sumber : Artis, atlet antara pemegang saham UFC
0 Comments