‘Dengan parodi kulit buku pun dah menggelabah, menggelupur panas bontot’ – Fahmi Reza

Pereka grafik, Fahmi Reza yang popular dengan karya satira “Najib badut” menyifatkan reaksi mereka yang berang dengan hiasan kulit depan buku yang dikatakan menghina jata negara itu sebagai kebudak-budakan.

“Dengan design kulit buku dan karya parodi pun nak menggelabah, menggelupur panas bontot dan melalak macam budak kecik. Lembik betul. Apa boleh buat, r@sis dan macai memang lemb1k dan senang gelabah.” – Fahmi Reza

Katanya lagi, rekabentuk buku tersebut merupakan karya parodi selain mendakwa hal tersebut dimainkan oleh pihak konservatif sehingga ia menjadi isu perk@uman kerana editornya merupakan seorang yang berketurunan c1na.

“Satu design kulit buku yang merupakan karya parodi lambang jata negara pun puak konserv@tif nak besar-besarkan jadi isu perk@uman sebab buku tu diterbitkan masa zaman PH dan editornya keturunan C1na. Seperti biasa sentimen perk@uman diperalat sebagai modal dan dib@kar untuk alih perhatian. Dengan karya parodi pun nak menggel@bah. Siap suruh pihak berkuasa ambik tindakan.” – Fahmi Reza

Beliau turut berkongsikan satu muka depan buku yang diterbitkan pada tahun 2011.

“Ini design kulit buku yang pernah diterbitkan 9 tahun dahulu pada tahun 2011 masa zaman BN. Tak kecoh pun dulu?” – Fahmi Reza

Pada hantaran yang lain, Fahmi Reza turut menaikkan gambar kotak tisu dengan lambang jata negara berwarna kelabu dengan kapsyen “Nak tisu?”

Sejak semalam, hiasan kulit depan buku yang bertajuk “REBIRTH: REFORMASI, RESISTANCE, AND HOPE IN NEW MALAYSIA” memaparkan gambar seolah-olah jata negara yang diubahsuai menyebabkan kem@rahan warga net.


Buku tersebut disunting oleh Kean Wong dan diterbitkan The Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) awal tahun ini.

Pada perkembangan yang sama, The Star melaporkan Bukit Aman mengesahkan menerima laporan dan akan menyiasat dan memanggil mereka yang dikaitkan dengan buku yang didakwa menghina Jata Negara itu.

Timbalan Timbalan Pengarah CID Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka termasuk pengarang, editor dan penerbit buku.

“Kami telah menerima laporan mengenai perkara itu. Kami akan menyiasat dan memanggil pihak-pihak yang berkenaan, termasuk pengarang dan penerbit,” – Mior Faridalathrash Wahid

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin mengarahkan Polis DiRaja Malaysia supaya menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Seksyen 3(1)(a) Akta Lambang dan Nama (1963) memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa yang meniru lambang yang serupa Lambang Kerajaan Persekutuan, Jata Negara.

Saya telah arahkan PDRM untuk siasat dan ambil tindakan yang tegas dengan segera.

Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan tindakan yang tidak patriotik dan bertanggungjawab ini.” – Dato’ Seri Hamzah Zainudin

-Buletin TTKM-



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments