
KUANTAN: Semua pemain dan pegawai FELDA United FC selesai menjalani ujian calitan sebagai persediaan mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M).
Setiausaha Agung FELDA United, Afizal Abu Othman berkata, keputusan ujian itu dijangka diketahui esok dengan dua dua tempat latihan iaitu Institut Semarak FELDA, Bangi dan di padang latihan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai turut disanitasi pada hari sama.
"Sebaik mendapat keputusan ujian calitan dan operasi sanitasi selesai, kita akan menghantar segala dokumen yang diperlukan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Jumaat ini.
"Jika tiada sebarang masalah, skuad The Fighters akan memulakan sesi latihan pertama Isnin ini iaitu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi sesi latihan kali ini, kita akan mengadakan tiga sesi dalam satu hari bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Dua tempat latihan perlu disanitasi kerana skuad itu menjalani latihan di padang sintetik Institut Semarak FELDA manakala pusat latihan USIM pula padang rumput," katanya.
Mengulas ketiadaan penyerang import, Khairul Amri Kamal yang tidak menjalani ujian itu, Afizal berkata, pemain kelahiran Singapura itu masih berada di negaranya.
Sumber : FELDA United selesai jalani ujian calitan
0 Comments