Felix bawa Atletico ke kedudukan empat teratas

PAMPLONA, Sepanyol: Pemain remaja Portugal, Joao Felix meledak dua gol ketika Atletico Madrid mara ke kedudukan Liga Juara-Juara dengan kemenangan 5-0 dalam La Liga mengatasi Osasuna awal pagi tadi.

Felix, 20, membuat penampilan pertama sejak liga utama Sepanyol itu kembali akibat COVID-19 selain digantung ketika berdepan Athletic Bilbao dan kecederaan pergelangan kaki sejak Mei.

"Saya rasa bagus, kembali daripada kecederaan selepas tiga bulan tanpa bermain dan menjaringkan dua gol adalah sangat bagus buat saya," kata Felix kepada penyiar Movistar.

JOAO Felix meraikan jaringan bersama rakan sepasukan.
JOAO Felix meraikan jaringan bersama rakan sepasukan.

Kelab dari utara itu pula kekal di tangga ke-11 selepas kekalahan berkenaan dan sukar untuk ke Liga Europa namun 10 mata di atas zon penyingkiran.

Jurulatih tuan rumah, Jagoba Arrasate beraksi tanpa kapten, Oier dan Adrian Lopez yang menjaringkan gol penyamaan ketika berdepan Real Sociedad, yang boleh naik mengatasi Atltetico awal pagi esok dengan kemenangan di Alaves.

Felix akan kembali ke ibu kota Portugal pada Ogos ketika UEFA mengumumkan bahawa Liga Juara-Juara akan dilengkapkan di Lisbon dengan format 'lapan final' selepas Atleti menewaskan penyandang gelaran, Liverpool pada Mac. - AFP



Sumber : Felix bawa Atletico ke kedudukan empat teratas

Post a Comment

0 Comments