Guan Eng Menteri Kewangan paling teruk dalam sejarah Malaysia

Adakah Lim Guan Eng benar-benar layak sebagai Menteri Kewangan, atau hanya tahu mewayang saja?

Sepanjang 22 bulan di bawah kerajaan PH, Menteri Kewangan LGE seringkali mendakwa negara sudah bankrap, hutang terlampu tinggi hingga mencecah RM1 trilion, dan ini semuanya salah BN.

Rakyat juga diminta bersabar apabila pelbagai bantuan dan subsidi untuk rakyat dimansuhkan, dan diminta supaya “ikat perut” kononnya untuk “menyelamatkan Malaysia”. Malah, rakyat telah terperangkap dengan fitnah LGE ini sehingga mereka beramai-ramai menderma kepada Tabung Harapan.

Soalannya sekarang adalah, mengapakah kerajaan PN yang baharu ini mampu menyuntik RM45 bilion untuk program-program yang berorientasikan rakyat dalam sepanjang tempoh krisis Covid-19 ini, antaranya PENJANA (RM45 bilion) , PRIHATIN (RM250 bilion) dan PRIHATIN Tambahan (RM10 bilion)? Adakah LGE sudah salah kira? Adakah LGE tipu? Atau adakah LGE tersalah letak titik perpuluhan sehingga teringat negara sudah bankrap?

Bayangkanlah jikalau LGE masih Menteri Kewangan pada masa itu? Kemungkinan besar rakyat akan diminta “ketatkan lagi” tali pinggang di perut mereka yang sudahpun terlampau ketat, kerana kononnya semua wang sudah “disonglap BN”.

Berhubungan dakwaan itu, masih ingatkah lagi masa LGE menuduh kerajaan BN mencuri semua wang kutipan GST? Akhirnya ia disangkal Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hampir setahun kemudian. Rupa-rupanya wang tu tak masuk poket BN, tetapi masuk Akaun Hasil Disatukan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Pada masa itu BN telahpun menyuruh LGE memeriksa akaun berkenaan, tetapi LGE dengan degilnya tetap dengan fitnahnya.

Malah, LGE terlalu “cekap” menjalankan tanggungjawabnya sehingga sering membuat pusingan-u mengenai keadaan kewangan negara, mula-mula mendakwa negara bankrap, kemudian mendakwa Malaysia diurus dengan baik. “Kecekapan” LGE ini kemudiannya menyebabkan pelabur-pelabur asing begitu “yakin” terhadap kerajaan PH sehingga mereka mula mengeluarkan wang mereka dari pasaran saham Malaysia, sekaligus menyebabkan Bursa Malaysia jatuh 200 mata ke bawah 1,600 mata, iaitu tahap paling rendah sejak September 2015.

Atas alasan “negara bankrap”, LGE dan kerajaan PH juga telah menjual aset negara (yang dikumpul di bawah kerajaan BN!) dengan rakus. Dalam tempoh 400 hari sahaja, lebih daripada RM20 bilion telahpun dijual sepertimana yang didakwa Abdul Muein Abadi, seorang Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Namun, apa yang sangat luar biasa adalah mengapa hutang negara masih terus meningkat dari RM686.8 bilion di bawah BN pada tahun 2017, kepada RM799.1 bilion pada 2019? Janji-janji manifesto pun tidak dilaksanakan, tak payah lah menjadikan “impian” hutang negara RM1 trilion sebagai satu realiti la.

Tetapi, apa lagi yang kita boleh harapkan dari seorang pemimpin yang hanya tahu mengajar lagu “A,B,C,D, GST” kepada murid-murid sekolah? Ingat, ini menteri sama yang dulu memperjuangkan “pemisahan politik dan pendidikan”.

Bayangkanlah kalau LGE masih Menteri Kewangan semasa krisis Covid-19. Mungkin dia akan beri tambahan wang e-tunai RM30 dan suruh rakyat bersyukur. Menggigil saya bila fikirkannya.

Sumber: Lau Chin Kok



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments