Guna Gambar Aku Pastu Mesej Pengurus Kedai Minta Pindahkan Wang ke Ustaz Mana Ntah – Lan Solo

Bekas vokalis kumpulan Kristal, Lan Solo mengaku sengaja mendedahkan nombor telefon pihak yang menggunakan nama serta imejnya untuk aktiviti penipuan dalam talian di Instagram bertujuan mengelak orang ramai daripada terpedaya.

Dia berharap, perkongsiannya itu dapat menjadi perhatian umum selain membersihkan namanya sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini kelak.

” Tangkap layar tu sengaja dibuat untuk tontonan umum supaya tak ada lagi aktiviti penipuan macam ni yang boleh dilakukan pemilik nombor terbabit.

” Saya juga berharap dapat betulkan keadaan dan tak ada orang yang terpedaya menjadi mangsa pihak tak bertanggungjawab,” katanya kepada Malaysiakini.

Pemilik nama sebenar Mohd Razlan Mohamed Yusof itu pada perkongsian sama turut membongkar pemilik nombor terbabit cuba menipu pekerjanya dengan meminta mangsa memindahkan wang berjumlah RM1,350 kepada akaun seseorang yang kononnya bergelar “ustaz.”

” Gaiss, hati-hati, korang jangan tertipu dengan penipu ni OK.

” Dia guna gambar aku untuk profil WhatsApp lepas tu dia mesej pengurus kedai minta pindahkan wang ke akaun ustaz mana ntah.

” Untuk pemilik nombor telefon ni.. maklumat kau aku dah dapat.. kau tunggu,” katanya.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, pihaknya belum membuat sebarang laporan polis berkaitan insiden terbabit.

Lan berkata, susulan perkongsiannya itu, baru dia mendapat tahu bahawa ramai pengikutnya juga hampir menjadi manhsa dengan “scammer” yang menggunakan modus operandi sama.

” Ramai yang Direct Message berkongsi terkena perkara sama.

” Saya benar-benar berharap semua orang lebih berhati-hati dan dapat mengambil positif dengan perkongsian saya,” katanya.

Komen warganet

Perkongsian Lan itu mendapat reaksi warganet yang berkongsi pengalaman serupa.

Rata-rata pernah mengalami situasi sama apabila mendapat mesej meminta pemindahan wang menggunakan profil gambar keluarga terdekat.

” Tadi baru balik court tampin kes scammer ni pakai acct aku.. Last-last kite gak yang bayar denda.. Nam jahanam.. Ni nti ustaz tu la kena dakwa” tulis Anep

” Semalam mak saudara dengan akak saya pun kena macam ni juga.. laporan polis pun dah di buat” tulis Aina

” Pelik betullah scammer sekarang boleh plak pakai title ustaz nak tipu orang. Takpe lah Allah kan maha adil..” tulis Sam




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments