Jumpa Batu Permata, Lelaki Ini Terus Jual Pada Kerajaan. Bayaran Diterima Buat Dia Terus Jadi Jutawan

Seorang pelombong kecil di Tanzania bergelar jutawan selepas menemui dua biji batu permata tanzanite terbesar di negara itu dan menjualnya kepada kerajaan.

Saniniu Kuryan Laizer, 52, menjumpai batu berkenaan, masing-masing seberat 9.27 kilogram (kg) dan 5.1 kg di utara Bukit Mirerani, sebuah kawasan yang dipagar oleh Presiden John Magufuli pada 2018 bagi menghentikan penyeludupan permata.

Beliau menjual batu berwarna ungu kebiruan itu kepada kerajaan pada harga $3.3 juta (RM14.1 juta).

Tanzanite pertama kali ditemui di kaki bukit Kalimanjaro pada 1967 serta wilayah utara Tanzania, Manyara, dan dipercayai tidak wujud di mana-mana tempat lain di dunia, sekali gus menjadi dambaan untuk dijadikan perhiasan.

Dalam satu majlis meraikan penemuan itu di Manyara, Menteri Perlombangan, Dotto Biteko, berkata ia batu paling besar pernah ditemui di negara itu.

” Laizer kini seorang jutawan dan kita akan pastikan beliau selamat.

” Kita sekarang ini beralih dari keadaan di mana pelombong kecil yang sebelum ini menyeludup tanzanite, kini mengikuti prosedur dan membayar cukai kerajaan serta royalti,” katanya.

Menurut Laizer, beliau akan memanfaatkan wang yang diperoleh bagi membangunkan masyarakat setempat.

” “Wang yang saya terima hari ini, sebahagiannya akan saya peruntukkan kepada aktiviti pembangunan.

” Saya bercadang untuk membina sebuah pusat membeli-belah di Arusha dan sebuah sekolah berdekatan rumah saya.

” Saya berterima kasih kepada tuhan atas apa yang saya kecapi kerana ini kali pertama mendapat saiz sebegini besar.

” Apabila menjumpainya, saya memaklumkan kepada pegawai kerajaan yang menilai batu berkenaan dan hari ini mereka panggil saya untuk bayaran,” katanya.

Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter kerajaan, batu berkenaan akan diletakkan di muzium negara itu

Difahamkan batu permata bernilai tinggi itu terkenal dengan kilauan ungu-biru yang menakjubkan, hanya terdapat di wilayah Manyara di utara Tanzania.

Presiden John Magufuli mengambil keputusan untuk menutup kawasan kaya dengan mineral itu bagi mencegah penyeludupan.

Ketika tembok itu dibina pada tahun 2018, Magufuli mengatakan bahawa hampir 40% dari semua tanzanite yang terdapat kawasan tersebut telah hilang akibat diseludup.

Tahun lalu, Tanzania mendirikan pusat perdagangan yang membolehkan pelombong menjual barang mereka kepada kerajaan.

Pelombong ini tidak diambil bekerja oleh mana-mana syarikat, sebaliknya mereka bekerja atas usaha sendiri.

Walaupun nilai sebenar batu permata tersebut jauh lebih tinggi daripada jumlah yang dibayar kepada Laizer, tanzanite tidak akan dijual. Sebaliknya, ia akan ditempatkan di muzium nasional Tanzania.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments