LONDON: Pemain Manchester United memilih kenderaan bercirikan keselamatan berbanding gaya menarik apabila ramai di antara mereka membeli Mercedes G-Wagon.
Meskipun nilai kenderaan seperti 'kereta kebal' itu dianggar 100,000 pound (RM529,797) seunit, namun keunikannya jelas berbeza berbanding Lamborghini, Ferrari ataupun Aston Martin.
Ini secara tidak langsung memperlihatkan parkir United di pusat latihan di Carrington tidak ubah seperti pangkalan tentera.
Dan James, Marcus Rashford, Phil Jones, Aaron Wan-Bissaka dan Luke Shaw kesemuanya dilihat keluar daripada kenderaan 'ala tentera' itu.


Situasi ini turut berlaku di kelab pasukan Liga Perdana yang lain dengan menyaksikan pemain Manchester City, Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling turut menggunakan kenderaan sama.
Pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk turut menggunakan kenderaan sama.
Seorang sumber United mengulas mengenai Rashford yang memandu G-Wagon berkata: "Ia kereta yang berprofil rendah tetapi ia menjadikan dirinya tampak lebih selamat.


"Beberapa orang pemain juga merasakan ia sebagai satu pilihan yang bagus dan kini parkir kelihatan seperti pangkalan tentera."
Bintang lain yang turut kelihatan menggunakan kenderaan pacuan empat roda itu adalah Kim Kardashian dan Holly Willoughby. - Agensi
Sumber : Parkir United seperti pangkalan tentera
0 Comments