Adakah masyarakat sekarang sakit? Atau adakah kehadiran wabak itu membuat minda manusia semakin merosot? Pekerja tempatan bekerja di pasar dengan tangan dan keringat sendiri, bukan menjadi pencuri atau perompak, tetapi tetap juga ditertawakan hanya kerana kerjanya tidak ubah seperti pekerja asing?
Seorang penuntut salah sebuah universiti di Malaysia menjadi penganggur ekoran pandemik virus PKC (Covid-19) dan dia mengambil keputusan bekerja di pasar sebagai pengangkut barang, tetapi ditertawakan oleh rakan-rakannya.
Dia berasa sangat kecewa dengan mentaliti mereka, lalu berkongsi pengalamannya di laman Facebook dengan nama yang tidak didedahkan.
Pada mulanya pemuda ini bekerja sambilan di Kuala Lumpur, tetapi pekerjaan itu terjejas disebabkan pandemik dan dia semakin bimbang kehilangan pendapatan sampingan untuk jangka waktu lama.
Pemuda ini berusaha mencari pekerjaan lain, tetapi dengan keadaan wabak yang tidak mengizinkan, tiada majikan yang berani mengupah seseorang. Ibu bapanya pula sudah tua dan sakit serta tidak mampu lagi bekerja, jadi dia hanya dapat meneruskan hidup dengan bekalan sedikit simpanan.
Suatu hari, pelajar ini mendapat tahu bahawa pasar berdekatan memerlukan warga tempatan untuk kerja mengangkut, memindah dan memunggah barang untuk pemborong dan pelanggan, yang bermula pada jam 12 tengah malam dengan gaji RM80 sehari.
Peluang keemasan kerana sekiranya anda tidak mencari pekerjaan yang ditinggalkan pekerja asing pada waktu ini, anda mesti tidak mahu memakan pasir, jadi apa salahnya membuat keputusan untuk melakukan pekerjaan itu.
Tanpa disangka, rakan sekelas pemuda ini yang tinggal bersamanya serta beberapa rakan lain mentertawakan pekerjaannya.
“Kamu ini pelajar universiti yang melakukan kerja pekerja asing, kamu mempunyai otakkah?” kata mereka mengejek pemuda ini dengan perkataan yang sebenarnya seperti tiada otak.
Mereka secara diam-diam merakam kisahnya menjadi pekerja pasar di laman Instagram dengan kapsyen yang buruk bertujuan untuk terus ditertawakan rakan-rakan lain dan ia telah membuatnya berasa amat kecewa.
Pelajar ini menulis di dalam Facebook dengan luahan hatinya bahawa dia telah melakukan pekerjaannya dengan baik dan tidak menganggu hidup mereka. Tambahan pula, dia menyara hidup dengan tulang empat keratnya sendiri, tanpa mencuri, meragut atau merompak orang lain dan rakannya itu tidak patut serta tiada hak untuk mentertawakannya seperti itu.
Walaupun rakan-rakannya telah menyebarkan kata-kata mengejek dan salah tentang pekerjaan mulianya mencari rezeki, dia tetap membantu rakan-rakannya itu membuat tugasan universiti bersama-sama.
Rata-rata netizen di Facebook memberi komen dengan menyokong pemuda ini sambil mengecam tindakan tidak bertanggungjawab rakan-rakannya.
“Pekerja asing apa? Bagaimana kamu rasa pekerjaan ini adalah lebih baik daripada sikap anak muda yang membuang masa tinggal bersama ibu bapa sambil terus meminta wang dan makan percuma ditanggung?” kata mereka.
Baru-baru ini, seorang jurulatih kecergasan di Petaling Jaya juga terkesan dengan wabak dan memutuskan untuk bekerja di pasar. Semasa PKP, dia mempunyai pendapatan sifar dan harus mencari jalan untuk kelangsungan hidup dalam keadaan putus asa. Akhirnya dia memutuskan untuk bekerja di sebuah pasar di Kuala Lumpur.
Jurulatih itu berkata barang yang berat memerlukan orang yang kuat dan cergas untuk mengangkatnya, jadi mengapa tidak dia melakukannya? Ditambah dengan keadaan sekarang, bukan mudah mendapat pekerjaan, jadi bersyukurlah sekiranya anda memiliki apa-apa sahaja jenis pekerjaan, tidak kiralah apa jua kelayakan anda.
Jadi timbul pertanyaan… Apa sahaja kelayakan dan pengalaman hidup rakan-rakan pelajar universiti itu untuk mereka mentertawakan pekerjaan orang lain yang berjaya meraih sumber pendapatan harian walaupun tangan kawan itu kotor dan berkeringat?
via Wowberita
0 Comments