Pusat urut, tapak bina kena tindakan langgar SOP PKPP

KUALA LUMPUR: Seramai 48 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, 40 individu telah direman dan lapan lagi dikenakan kompaun.

"Antara kesalahan individu berkenaan adalah ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti refleksologi atau urut membabitkan 10 individu dan 38 lagi membabitkan aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelihatan orang ramai bersama keluarga mengambil peluang melakukan aktiviti riadah serta menikmati suasana pagi ketika tinjauan aktiviti riadah yang dibenarkan mengikut SOP di bawah PKPP di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, pasukan petugas khas operasi pematuhan yang diketuai polis membuat 67,004 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

Katanya, sebanyak 3,744 pasukan pasukan membuat pemantauan dan membabitkan seramai 16,675 anggota.

Sementara itu, katanya seramai 10 warga negara asing ditahan dalam sekatan jalan raya melalui Ops Benteng kerana kesalahan imigresen, semalam.

"Polis membuat 69 sekatan jalan raya di seluruh negara dan memeriksa 34,275 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama di lorong-lorong tikus.

"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus," katanya.

Mengulas mengenai operasi sanitasi awam COVID-19, katanya sebanyak 70 operasi sanitasi meliputi 43 Zon di 11 negeri dilaksanakan semalam.

"Sebanyak 19 operasi pembersihan dan sanitasi dilakukan Sarawak, Melaka (14) dan Sabah (10)," "katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 281 rakyat Malaysia pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) dari Singapura, UAE, China, Brunei, Pakistan, Vietnam dan Hong Kong.

"Seramai 278 individu telah diperintah untuk menjalani kuarantin wajib di kediaman mereka manakala tiga orang dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Berhubung barang keperluan asas, Ismail Sabri berkata, secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan dan mudah diperoleh.

Semalam, penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan harian ke atas 25 jenis bekalan barangan di 822 premis perniagaan termasuk peruncit (618), pemborong (174) dan pengilang (30).

Pegawai penguat kuasa KPDNHEP juga telah melakukan 2,287 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan 2,247 premis mematuhi SOP dan 36 premis diberi nasihat dan empat lagi diberi amaran atas ketidakpatuhan SOP.

Bagi pemeriksaan di tapak binaan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memeriksa 73 tapak binaan, semalam membabitkan 138 anggota penguat kuasa.

Kelihatan orang ramai bersama keluarga mengambil peluang melakukan aktiviti riadah serta menikmati suasana pagi ketika tinjauan aktiviti riadah yang dibenarkan mengikut SOP di bawah PKPP di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Kelihatan orang ramai bersama keluarga mengambil peluang melakukan aktiviti riadah serta menikmati suasana pagi ketika tinjauan aktiviti riadah yang dibenarkan mengikut SOP di bawah PKPP di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, pemeriksaan CIDB mendapati 56 tapak binaan patuh SOP yang ditetapkan manakala dua tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran manakala 15 lagi tidak beroperasi.

"Jumlah kumulatif tapak binaan yang mematuhi SOP hingga semalam adalah 2,173 dan 419 yang tidak patuh SOP diberi amaran. Penguat kuasa CIDB turut mengarahkan 19 tapak binaan untuk ditutup kerana tidak mematuhi SOP," katanya.

Sumber : Pusat urut, tapak bina kena tindakan langgar SOP PKPP

Post a Comment

0 Comments