Allahyrham Mohamad Firdaus Mat Izan, 26, dikatakan bercadang melangsungkan perkahwinan Disember depan, namun hasrat itu terbantut selepas dia terbvnuh dalam kmIangan di Sabah, hari ini.
Perkara itu dimaklumkan bapanya, Mat Izan Mohayat, 53, ketika ditemui di kediamannya di Taman Puteri dekat sini malam ini.
” Jika tidak ada halangan, arwh rancang untuk berkahwin Disember ini.
” Hasratnya untuk bertunang pada Syawal baru-baru ini juga terbantut akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
” Akibat PKP juga, arwh tidak dapat meraikan Syawal bersama keluarga kerana bertugas sebagai anggota di barisan hadapan di Sandakan, Sabah,” katanya.
Dalam kejadian jam 12.55 tengah hari tadi, Mohamad Firdaus bersama dua lagi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu LK PAP Maslim Abdul Rahim dan LK I TMK Muhammad Arif Idris m4ut, selepas kenderaan dinaiki terbabit kmIangan di Jalan Ranau-Kota Kinabalu.
Seorang lagi rakan setugas iaitu LK II TLR Vincent M Orel mengalami keced3raan par4h dan kini dirawat di Hospital Ranau.
Arwh banyak kali mohon ampun
Mat Izan berkata, keluarganya amat terkejut dimaklumkan kejadian menimpa Mohamad Firdaus, namun menerimanya dengan hati terbuka kerana sedar itu cabaran perlu dihadapi ketika bertugas.
” Kali terakhir kami berhubung melalui panggilan video pada malam dan hari pertama Aidilfitri baru-baru ini namun ketika itu dia cuma memaklumkan tidak dapat balik kerana bertugas.
” Ketika itu, arwh banyak kali memohon ampun dan maaf daripada semua ahli keluarga termasuk, namun tidak menunjukkan sebarang kelainan.
” Sejak menjadi anggota TLDM dia sentiasa ceria sama ada ketika berhadapan dengan masalah atau sebaliknya,” katanya.
Jnzah Mohamad Firdaus dijangka dibawa pulang ke kediamannya di Taman Puteri sama ada Khamis atau Jumaat ini selepas semua urusan berkaitan selesai.
Kata-kata Ismail Sabri
Terdahulu itu Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Kementerian Pertahanan dan TLDM untuk meneliti semua bantuan yang boleh disalurkan bagi meringankan beban keluarga mngsa.
” Takziah saya ucapkan kepada keluarga tiga anggota TLDM dari KD Sri Sandakan, Sabah yang terk0rban dalam kmIangan yang berlaku di Jalan Ranau-Kota Kinabalu, tengah hari tadi.
” Semoga seorang lagi anggota tentera yang ced3ra dalam kmIangan itu dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Ranau segera sembuh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
via 1 MIN READ
0 Comments