Pelakon Lisdawati menerusi laman Instagram miliknya memohon bantuan orang ramai bagi sama-sama membantu dalam usaha mengesan anak saudara suaminya yang dilapor hilang.
Perkata itu sudah berlanjutan sejak enam hari lalu.
Jelas pelakon itu yang juga isteri kepada pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, anak saudaranya merupakan orang kurang upaya meski kelihatan normal.
Laporan polis juga telah dibuat namun sehingga hari ini, belum punya petunjuk…
” Minta jasa baik ye.. sesiapa ternampak anak ini. Dia nampak mcm normal , berckp biasa mcm org biasa tetapi fikiran dia tak sama mcm kita sbb tu dia ketegori (OKU).
” Harap penjelasan ini org yg jumpa akan faham.
” Reposted from Fauzinawawi_new Mohon simpati dan pertolongan pada sesiapa yg ternampak dan terlihat remaja ini
” Dia anak kakak saya, Remaja istimewa (OKU) dia hilang dari rumah sejak 6 Hari yg lalu , LAP0RAN polis telah dibuat di balai P0LIS PANTAI REMIS PERAK tapi masih belum Ada apa2 berita.
” Mohon bantuan dari warga insta dan masyarakat yg prihatin Supaya dapat hubungi nombor yg tertera di gambar Jika ternampak anak saudara Saya #fauzinawawi,” kongsinya suaminya sebelum ini.
Komen warganet
” Insyaallah tak apa tu..cuba la carik mudah mudahan jumpa..ikutlah naluri seorang Ibu sertakanlah keyakinan” komen Aina
” Kampung sy tu kak, nanti sy masuk dlm group watsapp.. Semoga dipermudahkan segala urusan, segera ditemui dan selamat semuanya. Aamiin.” komen Nadia
Lisdawati buang, bkar gambar lama
Dalam perkembangan lain Lisdawati berdoa setiap hari supaya cerita lama mengenai dirinya iaitu sebelum berhijrah dan bertudung tidak lagi disiarkan.
Lisda, 42, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin berkata, dia sudah banyak membuang dan membakar gambar-gambar lama.
” Banyak gambar lama yang saya sudah buang dan bakar. Tiba-tiba terkeluar keratan ini. Masih ada lagi yang terselit.
” Teringat pada beberapa peminat yang paparkan gambar lama saya. Saya mohon maaf sangat dan minta tidak disiarkan gambar saya yang lama. Kalau nak simpan pun, jom kita jaga sama-sama kita. Conteng sikit mana yang perlu,” katanya.
Lisda yang juga pelakon drama Camelia berkata, dia selagi boleh mahu memadam semua gambar dan video yang memaparkan dirinya tidak bertudung.
” Kalau mampu nak saja saya padam semua gambar dan video saya yang jahil dulu. Setiap berdoa supaya cerita lama saya tak disiarkan,” katanya.
Lisda memuat naik gambar bersama beberapa artis wanita ketika menjayakan sesi fotografi sebuah majalah hiburan satu ketika dulu.
” Semoga Allah SWT terima taubat saya. Maaf sekali lagi atas kesalahan saya,” katanya.
Sumber : trendingsangat
via 1 MIN READ
0 Comments