Pada 30 April lalu, Arab Saudi telah melonggarkan sekatan dengan kedai runcit dan pusat beli-belah di Arab Saudi dibuka semula dengan peraturan yang ketat.
Semua perniagaan dibenar beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang dan semua pelanggan harus menjalani pemeriksaan suhu di pintu masuk di premis.
Bagaimanapun terbaru, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengambil keputusan melaksanakan semula perintah ‘lockdown’ di Jeddah yang menjadi pintu masuk ke Makkah, bermula hari ini hingga 20 Jun depan.
Peningkatan kes COVlD-19
Gulf News memetik laporan Agensi Berita Saudi (SPA), tindakan itu diambil susulan adanya peningkatan bilangan kes jangkitan COVlD-19 di Jeddah dan ia sebahagian langkah kerajaan Arab Saudi untuk mengekang penularan wabak.
Berikutan pelaksanaan semula perintah berkurung itu, penduduk dilarang melakukan pergerakan bermula jam 3 petang hingga 6 pagi termasuk ke tempat kerja tidak kira di sektor awam mahupun swasta.
Selain itu, penduduk juga dilarang makan dan minum di dalam restoran atau kafe serta menunaikan solat berjemaah melebihi lima orang di dalam masjid.
Bagaimanapun, kementerian memaklumkan pengangkutan darat dan udara untuk masuk dan keluar dari Jeddah masih dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh berkenaan.
Keputusan itu diambil berdasarkan penilaian yang dibuat oleh pihak berkuasa kesihatan selepas meneliti situasi semasa.
Semua pekerja dan kumpulan penting yang terkecuali tetapi perlu mematuhi peraturan dan prosedur pencegahan.
Seorang pegawai dari kementerian dalam negeri memaklumkan jumlah kes di Riyadh juga akan dipantau dalam beberapa hari mendatang untuk menentukan langkah harus diambil.
Ketika ini, tiada sekatan di semua bandar dan wilayah lain tetapi ada kemungkinan kementerian memperbaharui peraturannya sekiranya keadaan bertambah buruk.
Baru minggu lalu sekatan dilonggar
Terdahulu, Portal Arab News melaporkan mereka yang mempunyai suhu badan melebihi 38 darjah Celsius tidak dibenarkan memasuki pusat beli-belah itu dan akan dipindahkan ke pusat perubatan terdekat.
Pelanggan juga diminta untuk mengamalkan penjarakan sosial dua meter antara satu sama lain, memakai penutup hidung dan mulut serta sarung tangan, mengelakkan produk uji dan ditemani hanya seorang individu.
Individu bawah umur 15 tahun, orang tua dan pes4kit kr0nik seperti berkaitan jantung, paru-paru dan buah pinggang tidak dibenarkan masuk dan disarankan untuk duduk di rumah.
via 1 MIN READ
0 Comments