Terkini, Kenyataan Dr Noor Hisham Seakan Beri Bayangan Malaysia Bersedia ke Fasa Exit Strategy

Malaysia bersedia untuk memasuki fasa ‘exit strategy’ atau pelan pasca krisis COVlD-19 sekiranya kes positif di negara ini kekal satu atau dua angka.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Akta Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berjngkit 1988 (Akta 342) masih perlu dikekalkan untuk proses pemantauan dan kawalan COVlD-19.

Serentak itu, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan agar lebih banyak sektor dibuka pada masa depan, katanya.

” Jadi, pemantauan dan kawalan kita perlukan Akta 342 dan mungkin dengan pelaksanaan untuk kawalan, kita perlukan Akta 342 dan mungkin dengan pelaksanaan ini kita perlu lanjutkan Akta 342 supaya pemantauan dan pengawasan berterusan.

‘Exit strategy’ akan diumum sekiranya…

” Apabila semua sektor dibuka dan pemantauan berjalan dengan baik, kita masih kekalkan dua atau satu digit, kita dan bersedia umum ‘exit strategy’.

” Dan ini kita katakan ‘soft landing’ iaitu supaya rakyat Malaysia patuh SOP (prosedur operasi standard),” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Selasa.

Dalam perkembangan berasingan, Dr Noor Hisham memaklumkan kira-kira 800 penghuni di Blok Berkat di Penjara Sungai Buloh bakal menjalani ujian saringan selepas seorang tahanan dikesan positif COVlD-19.

Jelas beliau, KKM sedang giat mengesan kontak rapat termasuk membabitkan kakitangan di penjara tersebut.

” Dianggarkan satu blok iaitu blok Berkat lebih kurang satu sel (seramai) lapan hingga 10 banduan. Jadi, kita akan jalankan saringan kontak rapat kepada kes positif dan kakitangan.

” Dianggarkan lebih 800 orang akan disaringkan dan proses aktiviti ‘active case detection’ dijalankan di Penjara Sungai Buloh,” katanya.

Maklumat terkini jngkitan COVlD-19

Sebanyak 20 kes baharu jngkitan COVlD-19 dan merekodkan 7,877 kes positif keseluruhan dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 20 kes baharu dilaporkan itu membabitkan 15 kes import yang mendapat jngkitan di luar negara dan dikuarantin sebaik tiba di negara ini.

Beliau berkata, daripada lima kes penularan tempatan, tiga kes adalah bukan warganegara Malaysia manakala dua kes lagi membabitkan warganegara Malaysia termasuk seorang daripada Kluster Pedas.

” Terdapat pertambahan 66 kes pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jngkitan COVlD-19 terus meningkat kepada 6,470 kes dengan kadar kesembuhan 82.14 peratus.

” Sehubungan itu, kes aktif dengan kebolehjngkitan COVlD-19 sebanyak 1,262 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

” Sehingga kini, enam kes positif COVlD-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian berkaitan COVlD-19 di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, tiada kem4tian berkaitan jngkitan COVlD-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kem4tian adalah 115 kes iaitu 1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments