Arahan penangguhan sebarang majlis sosial sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu benar-benar memberi kesan kepada orang ramai.
Bagaimanapun selepas lebih 3 bulan, kerajaan akhirnya mengumumkan berita baik hari ini.
Kerajaan membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk majlis perkahwinan, pertunangan dan tahlil dengan kapasiti tidak melebihi 250 tetamu mulai 1 Julai ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, majlis lain yang turut dibenarkan adalah akikah, doa selamat, sambutan ulang tahun perkahwinan, hari jadi dan pertemuan semula (reunion).
” Bagaimanapun kita mengehadkan masa antara tiga hingga lima jam sahaja.
” Kapasiti pengunjung kekal tidak melebihi 250 individu, tetapi tertakluk kepada saiz ruang atau lokasi diadakan.
” Kalau tempatnya kecil dan sukar melaksanakan penjarakan sosial mungkin cukup setakat 150 orang atau jumlah yang mampu dimuatkan sahaja, tidak semestinya sehingga 250 orang,”
Demikian kenyataan Ismail Sabri pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata setakat ini kerajaan pada dasar membenarkan penganjur menyediakan hidangan bufet pada majlis sosial.
Walau bagaimanapun, ia perlu dihidangkan oleh pramusaji sepanjang majlis tersebut berlangsung.
” Jadi, tetamu tidak boleh mengambil makanan sendiri, namun cara terbaik adalah secara hidangan. Antara prosedur operasi standard (SOP) adalah perlu membuat saringan di pintu masuk, memeriksa suhu badan, dan tidak membenarkan mereka yang bergejala hadir.
” Penganjur dan tetamu digalakkan memakai pelitup muka dan penganjur mesti mendaftarkan tetamu dengan aplikasi MySejahtera atau direkod secara manual,” katanya.
Bagaimanapun, katanya kerajaan menasihati mana-mana penganjur yang sukar untuk mematuhi SOP yang ditetatkan supaya tidak meneruskan panganjuran tersebut.
” Ini kerana seperti saya sebutkan kerana pihak PDRM masih mematuhi SOP dan kalau tidak mampu, jangan laksanakan,” katanya lagi.
Reaksi warganet
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata menyambut baik kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan itu.
Ramai yang merasakan ia sedikit sebanyak membantu bukan sahaja kepada pasangan yang telah menangguhkan urusan perkahwinan, tetapi juga kepada pengusaha katering dan majlis.
” Cukop dah tu yB ..janji boleh bertahlil dan doa selamat . Biasa tak lebih 50-60 orang jer ..waktu jamuan mungkin jamed sikit. Terima Kasih bagi kelonggaran utk majlis dan program” komen Najib
” Harap tuan rumah tak tempah macam-macam menu..cukup nasi n beberapa lauk je..menu sampingan tu yang membuatkan majlis bjalan lambat..sebab depa syok layan macam2 menu lepak lama2..kesian org lain tggu kerusi nak duduk” komen Anwar
” 250 orang dapat 1 masa dan maksimum 5 jam.. (Pukul 11pagi sampai 4 ptng) Maknanya boleh la kan booking 1000pax.. Kalau ikut dewan pun boleh masuk 25 meja la kan..?” komen Zahid
via 1 MIN READ
0 Comments