Barcelona kembali hidupkan peluang

MADRID: Barcelona menghidupkan peluang untuk gelaran dan menghantar Espanyol ke penyingkiran awal sebentar tadi ketika jaringan Luis Suarez memberikan kemenangan penting dalam pertembungan tetangga Catalan itu.

Saingan panas di Camp Nou tercetus dalam tempoh enam minit awal babak kedua apabila Ansu Fati dan Pol Lozano dibuang padang menyebabkan kedua-dua pasukan bermain 10 orang sebelum jaringan Suarez.

Suarez mengambil peluang hasil sumbangan Antoine Griezmann yang melorongkan bola buat Lionel Messi melepaskan rembatan dan Suarez mengambil bola yang membias.

Kemenangan 1-0 ini jauh daripada kejayaan 4-1 mengatasi Villarreal Ahad lalu tetapi ia membawa Barca kurang satu mata berbanding Real Madrid, yang akan bermain menentang Alaves awal pagi Sabtu ini waktu Malaysia.

Penyerang Barcelona, Lionel Messi (kanan) bersaing dengan pemain pertahanan Espanyol, Fernando Calero di Camp Nou. - Foto AFP
Penyerang Barcelona, Lionel Messi (kanan) bersaing dengan pemain pertahanan Espanyol, Fernando Calero di Camp Nou. - Foto AFP
Pemain tengah Barcelona, Ivan Rakitic (kanan) mengawal bola sambil cuba diasak pemain Espanyol. - Foto AFP
Pemain tengah Barcelona, Ivan Rakitic (kanan) mengawal bola sambil cuba diasak pemain Espanyol. - Foto AFP

Espanyol yang terjatuh ke dasar liga akan tersingkir. Pasukan ini berada 11 mata daripada zon selamat berbaki tiga perlawanan.

Berdasarkan rekod pertembungan antara mereka dan empat perlawanan terakhir, Real Madrid kekal sebagai pilihan untuk gelaran liga.

"Kami perlu menang tiga perlawanan berikutnya," kata Suarez. "Apa yang Madrid lakukan terpulang kepada mereka. Jika mereka mencicirkan mata, ia menakjubkan. Kami hanya perlu berada di sana jika mereka melakukannya." - AFP



Sumber : Barcelona kembali hidupkan peluang

Post a Comment

0 Comments