
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merekodkan 63,643 kes baharu semalam, menurut data daripada Johns Hopkins University.
Sehingga jam 8.30 malam, 774 kematian dalam tempoh 24 jam, menurut universiti yang berpangkalan di Baltimore itu.
AS adalah negara paling terjejas teruk di seluruh dunia akibat COVID-19 dengan merekodkan 133,969 kematian daripada 3.18 juta kes jangkitan.
Khamis lalu, menunjukkan lonjakan dengan 65,551 kes jangkitan baharu yang mana pakar bimbang akan berlaku peningkatan kematian.
Baru-baru ini, Texas dan Florida melaporkan sejumlah angka kematian akibat virus itu.
"Sebagai sebuah negara, bila dibandingkan dengan negara lain, kami tak fikir kamu mengatakan kami melakukan yang terbaik," kata pegawai atasan penyakit berjangkit, Anthony Fauci kepada laman web analisis politik FiveThirtyEight.
Namun Trump berkata, Dr Fauci adalah orang baik, tetapi beliau banyak membuat silap.
Sementara itu, Trump terus memainkan peranan menurunkan kes COVID-19 dan melakukan kunjungan ke Miami, antara negara terjejas teruk untuk berkempen.
Sumber : COVID-19: AS rekod 63,643 kes baharu
0 Comments