![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/bapa_BHfield_image_listing_featured.var_1593661015.jpg)
LONDON: Bekas bos Formula 1 (F1), Bernie Ecclestone mendapat anak lagi sekali gus menjadi bapa buat kali keempat pada usia 89 tahun.
Isterinya, Fabiana Flosi, 44, melahirkan bayi lelaki berkenaan yang bernama Ace dalam tempoh 25 minit semalam.
Ecclestone yang memiliki lima cucu dan bakal genap berusia 90 tahun pada Oktober ini, mengesahkan perkembangan itu kepada Blick dengan berkata: "Kami mendapat anak lelaki bernama Ace. Saya sangat bangga,".
Flosi yang berasal dari Brazil menambah: "Semuanya begitu mudah. Proses kelahiran dilakukan dalam tempoh 25 minit. Syukur kepada tuhan,".
Pasangan berkenaan sebelum ini memilih memencilkan diri di kediaman mereka di Switzerland.
Bayi itu lelaki itu adalah anak lelaki pertama bilioner berkenaan selepas mempunyai tiga anak perempuan bersama pasangan terdahulu.
Anak perempuannya yang pertama, Deborah, 65, dilahirkan oleh isteri pertama, Ivy Bamford sebelum Tamara, 35, dan Petra, 31, dengan isteri kedua, Slavica Radic.
Ecclestone mengahwini Flosi yang juga pengarah pemasaran pada 2012, tiga tahun selepas menceraikan Radic. Mereka bertemu pada satu perjumpaan Majlis Sukan Permotoran Sedunia pada 2009.
Terdahulu pada musim pada panas lalu, Flosi dilaporkan berkata:" Seperti ibu bapa lain, harapan kami hanya satu: anak yang dilahirkan ini dalam keadaan sihat,".
Eccelstone yang juga anak nelayan dan lahir Suffolk pada1930, di dianggarkan memiliki kekayaan kira-kira 2.5 bilion pound (RM13.37 bilion) menerusi pembabitannya dalam sukan F1.
- AGENSI
Sumber : Ecclestone dapat anak lagi pada usia 89 tahun
0 Comments