Faris hanya tunggu waktu kembali ke Terengganu

KUALA TERENGGANU: Pemain import Terengganu FC (TFC) kelahiran Singapura, Muhammad Faris Ramli sudah mendapat lampu hijau untuk kembali menyertai kem latihan pasukan selepas lebih tiga bulan terkandas di negaranya.

Faris ketika dihubungi menyatakan sudah tidak sabar kembali ke Terengganu selepas menjalani latihan bersendirian di kediamannya sebagai mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Singapura dan Malaysia.

"Alhamdulillah, saya sudah mendapat surat kebenaran daripada Jabatan Imigresen Malaysia untuk kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Terengganu," katanya yang sebelum ini sudah membuat tiga penampilan bersama skuad Penyu musim ini.

"Namun setakat ini saya belum tahu lagi tarikh sebenar akan tiba di Kuala Terengganu kerana perlu menjalani ujian calitan terlebih dahulu. Tapi saya percaya tempoh ujian itu tidak lama. Mungkin dalam masa terdekat saya boleh kembali ke kem latihan pasukan.

Skuad TFC kembali mengadakan latihan di Padang C, Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) di Gong Badak sejak hampir dua minggu selepas mendapat kelulusan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tanpa kehadiran Faris.

TFC kini menghuni di tangga kelapan Liga Super dengan mengutip empat mata hasil tiga perlawanan.



Sumber : Faris hanya tunggu waktu kembali ke Terengganu

Post a Comment

0 Comments