MILAN: Inter Milan mengatasi Napoli 2-0 untuk ke kedudukan kedua Serie A mengatasi Atalanta yang sebelum itu bangkit menewaskan Parma.
Juventus sudah mengesahkan kejuaraan kesembilan berturut-turut mereka tetapi tiga pasukan masih bertarung untuk tempat kedua – Inter Milan, Atalanta dan Lazio – menjelang perlawanan terakhir di Itali.
Skuad kendalian Antonio Conte, Inter hanya satu mata mengatasi Atalanta dengan kedua-dua pasukan itu akan bertemu pada perlawanan terakhir musim ini awal pagi Ahad nanti.
Lazio, di tangga keempat, akan menentang Brescia awal pagi esok dengan skuad kendalian Simone Inzaghi masih berpeluang menamatkan saingan di tangga kedua ketika berdepan Napoli hujung minggu ini.
Danilo D'Ambrosio meletakkan Inter di depan selepas 11 minit di San Siro dengan Lautaro Martinez menambah gol kedua berbaki 15 minit berdepan pasukan tangga ketujuh Napoli.
Gennaro Gattuso mengakui Napoli perlu mencari penyelesaian terhadap masalah ketajaman serangan mereka sebelum berdepan Barcelona dalam Liga Juara-Juara 8 Ogos ini.
"Kami perlu bekerja keras, kami kurang semangat," kata Gattuso, yang tiada lagi sasaran di liga kerana sudah memastikan tempat ke Liga Europa selepas menang Piala Itali. - AFP
Sumber : Inter atasi Napoli
0 Comments