Inter terlepas peluang melonjak ke tangga ketiga

ROME: Pasukan Inter Milan diikat 2-2 oleh Hellas Verona yang sekali gus menyaksikan skuad kendalian Antonio Conte itu terlepas peluang melonjak ke tangga ketiga Serie A.

Inter, dikejutkan 2-1 oleh Bologna yang bermain 10 orang hujung minggu lalu, ketinggalan satu gol hanya dua minit selepas sepak mula hasil jaringan Darko Lazovic.

Skuad bimbingan Conte itu bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-49 menerusi Antonio Candreva yang memanfaatkan percubaan terkena tiang Romelu Lukaku.

Enam minit kemudian, Inter mendahului apabila rembatan Candreva terkena pemain Verona dan masuk ke gawang sendiri.

Verona, kali terakhir mengatasi Inter 28 tahun lalu, memastikan satu mata menerusi jaringan penyamaan Miguel Veloso.

Inter kekal di tangga keempat liga untuk mengukuhkan kedudukan ke Liga Juara-Juara musim depan, tetapi ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Juventus.

Verona di tangga kesembilan, lapan mata di bawah garis kelayakan ke Liga Europa.

- AFP



Sumber : Inter terlepas peluang melonjak ke tangga ketiga

Post a Comment

0 Comments