Keluar Berita

Cerita pasal pelakon dan pelawak, Zizan Razak bercinta atau bertunang mahupun berkahwin bukanlah pertama kali kita dengar.

Setiap kali bergandingan dengan pelakon wanita jelita, Zizan pasti akan dikaitkan menjalin hubungan dengan pelakon terbabit.

Mungkin juga kerana sifat peribadi Zizan sendiri yang suka bergurau seperti membuat ‘pick up’ line dan memanggil ‘sayang’, menyebabkan orang ingat dia betul-betul menjalin hubungan dengan artis wanita terbabit.

Sementara baru-baru ini timbul desas-desus mendakwa pelakon dan pelawak, Zizan Razak dikatakan telah mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis yang berasal dari Terengganu.

Bagaimanapun Zizan Razak menafikan dakwaan yang mengatakan dia sudah bertunang dengan gadis yang berasal dari Terengganu.

Menerusi satu entri di Instagram, Zizan berkongsi keratan artikel yang bertajuk “Zizan Dah Selamat Bertunang Dengan Gadis Terengganu?”

Apa yang mencuit hati, kapsyen Zizan bagi menjawab khabar angin tersebut membuatkan ramai terhibur.

” Tahniah Zizan Razak.. Dengan berita yang sangat membahagiakan ini.. Yang Menjadi persoalannya, start dari awal PKP sampai sekarang saya belum dapat balik Terengganu lagi.

” Jadi gadis Terengganu mana yang menjadi tunang saya itu? Mungkin pertunangan kami dengan menggunakan Skype atau nawaitu sahaja..” tulis Zizan.

Menafikan perkara tentang sudah bertunang, Zizan turut menganggap dakwaan tersebut sebagai satu doa.

” Saya pun pertama kali dengan dakwaan ini. Mana datangnya berita saya bertunang? Saya pun tak tahu.

” Sejujurnya, memang tak ada. Saya sendiri tiada teman wanita sekarang ini, saya memang solo.

” Kalau itu adalah doa, saya terima dengan sebaiknya. Tapi, buat masa ini saya memang tidak bertunang dengan sesiapa,” kata Zizan.

Zizan ditemui usai konsert finale Ceria Megastar 2020 yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Tambah Zizan, dia juga tidak akan menyembunyikan berita gembira sekiranya ia benar-benar terjadi.

” Sudah semestinya saya akan berkongsi dengan semua orang jika saya bakal menempuhi fasa bahagia atau permulaan baru. Saya tak akan berdiam sahaja,” katanya lagi.

Di konsert finale Ceria Megastar yang menobatkan Kowachee sebagai juara, Zizan bertindak selaku juri tetap.

Sebelum ini Zizan pernah digosipkan dengan beberapa artis jelita tanahair.

Malah pada tahun 2015, timbul khabar angin mengatakan Zizan bakal menamatkan zaman bujang, juga dengan seorang gadis berasal dari Terengganu.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments