Lallana tak main lagi

LIVERPOOL: Adam Lallana tidak akan beraksi bersama Liverpool selepas The Reds tidak akan menurunkan pemain yang tidak lagi memiliki kontrak itu untuk mengelak kecederaan.

Pemain berusia 32 tahun itu menandatangani kontrak jangka pendek bersama pasukan sehingga hujung musim, namun sudah menyatakan hasrat untuk keluar pada musim panas ini.

Walaupun Lallana boleh diturunkan, Jurgen Klopp enggan mengambil risiko yang boleh menjejaskan peluangnya menyertai pasukan baharu.

"Adam akan meninggalkan kita pada musim panas ini. Kita berada dalam situasi sukar tetapi saya menghormatinya. Semuanya sudah dijelaskan kepadanya.

"Dia sangat cergas dan dalam keadaan baik. Masa depan ialah masa depan dan kalau kami perlukannya, dia masih berada dalam pasukan ini.

"Dia berlatih 100 peratus tetapi selagi kami tidak perlukan dia, dia hanya akan berlatih. Itu perkara yang normal.

"Saya fikir ada banyak perbincangan dengan pemain yang tiada kontrak. Jelas yang Adam mahu menyambung kontrak tetapi dia enggan mengambil risiko demi masa depannya.

"Dia adalah antara pemain penting sejak saya di sini dan saya hanya boleh ucapkan selamat maju jaya kepadanya. Dia seorang pemain yang begitu profesional."

Pemain yang beraksi dalam 15 perlawanan pada musim ini dikaitkan dengan perpindahan ke Leicester, Arsenal dan Spurs. -Agensi



Sumber : Lallana tak main lagi

Post a Comment

0 Comments