Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) menegaskan orang ramai tidak sepatutnya ‘memborong’ semua warga pelarian itu sebagai sama dan hina.
Beliau berkata, setiap pelarian yang memasuki perairan negara perlu dikategorikan kemasukan mereka kerana tidak semua yang menetap di Malaysia adalah pelarian yang tidak mahu pulang ke negara mereka.
Bahkan, jelasnya, ada pelarian yang menetap di Malaysia kerana mereka berdegil tidak mahu pulang ke negara asal dan ada juga yang tertipu dengan sindiket.
“Pelarian ini kena ada kategori. Jangan hina semua pelarian adalah sama. Jangan borongkan itu sama. Pelarian ekonomi lain, pelarian kerana tekanan politik di negara mereka lain, pelarian yang datang sebab nak cari makan lain, yang nak dapatkan kerakyatan itu pun lain.
“Ada yang kata, biar tenggelam kapal mereka di tengah laut. Bayangkan jika itu berlaku kepada rombongan di zaman nabi kita dahulu.
“Kena ingat, dalam kecaman kerana tekanan kezaliman di negara mereka, kita lupa seramai tiga juta orang Islam kini menjadi pelarian di Eropah.
“Di Jerman sahaja sejuta orang Islam diberi perlindungan,” katanya ketika ucapan perbahasan dalam sidang Parlimen hari ini.
Presiden PAN itu menegaskan, pihak yang terbabit sebagai sindiket pelarian yang perlu diperangi bukannya terus mengecam warga pelarian dalam negara.
Katanya, semua pihak terutama kerajaan perlu berusaha memerangi dan menghapuskan sindiket yang mengeskploitasi para pelarian sebagai pekerja.
“Ini yang perlu diperangi. Bagaimana mereka boleh dapat kad pengenalan, boleh terlibat dengan sindiket. Kesian, mereka bayar begitu banyak kepada sindiket di Bangladesh. Satu tahun habis bayar kepada sindiket itu.
“Saya tak pernah tinggalkan masalah Rohingya. Tekanan perlu diberi untuk mencari penyelesaian. Seperti rakyat Palestin, mereka dipaksa jadi pelarian. Sebab itu kalau kita borong semua pelarian takguna, bagaimana pula pelarian Palestin,” tambah Mohamad lagi.
via Wowberita
0 Comments