![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/jolobu1-O_BHfield_image_listing_featured.var_1593618541.jpg)
JELEBU: Pertama kali bertugas sebagai guru ganti prasekolah memberi pengalaman manis kepada Irdina Alisya Abdullah.
Beliau ialah Guru Pemulihan Sekolah Kebangsaan Datuk Undang Abdullah Kampung Chennah, di sini tetapi menggantikan guru yang bersalin.
Irdina turut mengajar anak sendiri Harraz Aryan Mohamad Raziman, 5 yang beberapa kali tersasul memanggilnya 'mama'.
"Berbeza dengan kelas pemulihan, kita berdepan dengan kerenah kanak-kanak yang mempunyai pelbagai perangai.
"Hari ini (semalam), hanya empat daripada 13 kanak-kanak yang hadir ke sekolah," katanya.
Irdina yang juga jurulatih olahraga sekolah berkenaan berkata, beliau mengajar kanak-kanak prasekolah berkaitan coronavirus dan cara betul menggunakan pelitup muka.
Katanya, murid juga diberitahu mengenai perkara lain seperti tidak boleh sentuh rakan, tidak boleh bergerak keluar petak dan tidak boleh meminjam barang rakan.
"Terhiburlah jugak hati apabila melihat kerenah kanak - kanak ini termasuk anak sendiri yang belajar dalam normal baharu ini," katanya.
Irdina mengendalikan kelas berkenaan secara bersama dengan seorang lagi guru, Muhammad Aminuddin Husaini sehingga Ogos ini.
Irdina Alisya berkata, ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak mereka ke sekolah kerana guru mengambil langkah sewajarnya bagi keselamatan murid.
Sumber : Pengalaman pertama guru ganti kelas prasekolah
0 Comments