Sempadan masih ditutup

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih tidak membuka pintu sempadan dengan Thailand dan Indonesia berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, berkata kerajaan masih kekal dengan dasar penutupan pintu sempadan sama ada melalui jalan udara, laut dan darat.

"Pada masa ini pintu sempadan (antarabangsa) hanya dibuka kepada Singapura tetapi terhad kepada kumpulan peniaga antara kedua-dua negara tertakluk kepada SOP ditetapkan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).



Sumber : Sempadan masih ditutup

Post a Comment

0 Comments